Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

8 Mar 2013

Martha Stewarts Chocolate Cupcakes Untuk Majlis Di Pejabat





 

Lina, rakan sepejabat menanyakan sekiranya saya dapat menyediakan cupcake sempena majlis sambutan Tahun Baru China, Majlis Harijadi serta meraikan rakan rakan yang bakal bersara. Setelah berbincang, saya mencadangkan supaya menyediakan Moist Chocolate Cupcake yang sedap. Kali ini saya mencuba resepi baru iaitu One Bowl Chocolate Cupcakes yang diambil dari Martha Stewarts Baking Handbook. Kek ini sangat moist dan secukup sahaja kemanisannya. Yang paling saya suka ialah cupcake nya cantik berbentuk dome. Saya hanya menghiasnya secara ringkas sahaja dengan menggunakan cream icing dan fondant alphabet warna biru walaupun warna tema hari ini ialah putih dan merah. Kata Juita tak elok membuat huruf nama dengan warna merah. Hmm boleh diterima juga lah, jadi saya pilih warna biru. Cupcake yang lain, saya hias ringkas dengan gump paste warna merah supaya ada menepati sedikit warna tema. Dalam hati berkata lain kali, saya nak menghiasnya dengan poured fondant secara dipping pulak, nampak cantik sangat terutama untuk cupcake yang naik meninggi seperti chocolate cupcake ini.


 


Saya sebenarnya bukanlah mengambil tempahan dalam erti kata sebenar untuk cupcake ini tetapi ianya lebih kepada menolong membuatnya dengan mengambil kos sahaja. Maklumlah majlis ini adalah majlis makan makan sesama kami juga.  Oleh kerana ianya dibuat pada hari bekerja, jadi agak kelam kabut lah sedikit. Itupun nasib baik sebab Lina menyebutkan supaya dibuat dekorasi ringkas sahaja. Kira masih bolehlah saya membuatnya selepas balik dari pejabat. Part yang paling saya suka bila ada tempahan seperti ini ialah peluang untuk mencuba resepi baru. Kalau saja saja nak membuatnya di rumah, pasti membazir kerana hanya saya sahaja yang gemar makan kek. Resepi ini memang akan menjadi satu lagi resepi chocolate cupcake pilihan yang akan digunakan oleh Azie Kichen. Lebih lebih lagi bila kawan kawan memuji keenakannya. Pasti saya akan menggunakannya lagi... pasti sekali. Resepi lain yang biasa saya gunakan adalah di SINI dan di SINI.





Hari ini juga saya ingin berkongsi resepi cream icing yang digunakan. Saya tertarik untuk mencuba resepi ini selepas membaca tulisan Nina. Menurutnya, resepi sedap ini dipelajari dari owner kedai kek yang menggunakannya dalam menghias kek kek yang dijual selama berbelas tahun. Hmm boleh bayangkan bagaimana sedapnya icing ini jika kedai kek nya masih bertahan sehingga kini... Kiranya icing ini mengingatkan icing kek semasa zaman saya kecil kecil dulu. Beginilah rasa icingnya bila membeli kek di kedai untuk majlis harijadi atau majlis kahwin. Kata Nelly tak berapa manis tapi OK jer sebab zaman sekarang orang dah tak suka makanan manis manis, lagi pulak kek coklat sudah ada rasa manis. Panjang lebar pulak ulasan dia, bila saya meminta feedbacknya....
 
Jom layan resepinya...





Martha Stewarts Moist Chocolate Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all purpose flour
1 1/4 cawan dutch process cocoa powder
2 1/2 cawan gula
2 1/2 sudu kecil baking soda
1 1/4 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil garam
2 biji telur gred A + 1 telur kuning gred A
1 1/4 cawan susu (Azie guna buttermilk)
1/2 cawan + 2 sb vegetable oil
1 1/4 sudu kecil vanilla extract
1 1/2 cawan air panas (Azie tambah 1 sudu kecil nescafe)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 180C.

Ayak bersama bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder, gula dan garam ke dalam pengisar elektrik.

Tambahkan telur, susu, minyak, vanilla dan air panas. Putar dengan menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati dalam 3 minit.

Tuang ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3. Bakar selama 20-25 minit.


Cream Icing

Bahan-bahan
1 kg krimwell
1/2 kg gula icing

Cara cara:
Pukul krimwell hingga kembang. Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata. Sedia diguna untuk mendeko.

Nota:
Adunan cream icing ini menghasilkan kuantiti yang agak banyak, jadi oleh dibuat separuh sahaja.

Boleh diadun dengan colour (oil base) jika suka.

Adunan cream icing ini menghasilkan kuantiti yang agak banyak, jadi oleh dibuat separuh sahaja.

Boleh diadun dengan colour (oil base) jika suka.






55 comments:

  1. Replies
    1. Memang cute cupcake yg kecik kecik ni

      Delete
    2. nak tnya huruf hiasan tu mcm mana cara buat dia.ek..cantek

      Delete
  2. Replies
    1. Memang cun sebab kecik kecik jer

      Delete
  3. cantiknya. tentu rasanya pun sedap..

    salam perkenalan dari ciklaili.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga dari saya. Saya tercari cari info pasal Nuffnang, bila terjumpa blog cik laili

      Delete
  4. salam...k.azie,bestnya nampak coklat cupcake ni...elok je naik meninggi dan moist lagi...nak cuba gak la..saya ada cuba buat kek marble resepi k.azie, sedap sgt resepi tu,terima kasih bagi resepi best2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Hajar. Terima kasih kr sudi singgah ya

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. bestnya...lagi best kalau dpt sbiji...heheh

    ReplyDelete
  7. sejujurnya AA adalah mentor dlm masak2 utk saya. AA sentiasa jujur dan terus terang dlm melaksanakan misi.Masakannya menarik. Satu2nya blog masak yg mengujakan saya. i love you AA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. semoga kita dpt terus berkongsi ilmu dalam bab masakan

      Delete
  8. Assalam Azie...kakpb letak link kat blog ye, tertinggal blog Azie.
    Terima kasih singgah blog akak.

    ReplyDelete
  9. As'salam Azie,
    Jutaan terima kasih kerna sudi cuba resepi cream icing Nina.. (terharu Nina...)
    Sedap dan senang kannn...??
    Ada lagi x balance cupcake tuu..? nak seketul buleh...?? hehee . . .
    ok, sampai jumpa lagi... & take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kr Nina sudi kongsi resepinya. Teringat kek zaman dulu kan

      Delete
  10. Assalam kak azie...adunan tuu dpt brp biji cup cakes yer...& saiz cup tu brp ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Nana,
      Ianya bergantung pada saiz cup. Yg ini guna cup 2.5 oz, dapat 35 biji.

      Delete
  11. assalamualaikum kak.nk tanya skit,kalau guna susu dutch lady bley x?

    ReplyDelete
  12. Tumpang tnya, untuk wat cream icing, krimwell yg da kembang cmpurkan dgn guLa icing camtu je?

    ReplyDelete
  13. nak tanya lagi..susu tu susu pekat manis ke susu sejat. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya guna freshmilk

      Delete
  14. salam kak Azie, first thing nak ckp cantikkk sgt naik kek ni. nak tanya bhn2 ni seme campur terus dalam mixer ke? takyah pukul telor dulu. Sblm ni saya pernah wat cup cake coklat tapi pecah kat atas mcm muffin. saya nak mcm kak Azie nye ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masukkan terus ke dalam mixer. Rujuk cara cara di atas. Insya Allah menjadi

      Delete
    2. tq ka.Azie. klu dah jadi nanti saya post reply ye. :)

      Delete
  15. salam k.Azie, saya dah buat resepi ni ikut sebijik2. tp malangnya atas dia pecah bak bunga ros mekar. huhu. tak tau la katmana saya dah tersilap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Cuba kurangkan suhu oven ke 150-160 jer. Antara oven dg oven, berbeza kepanasannya. Kalau merekah tu, mesti terlebih panas.

      Delete
  16. assalam kak.. ahad lepas sy dh buat cup cake ni.. rase nye mmg sedap..time dia nk masak tu wangi sgt.. sy guna cup 2.5oz mmg ngam2 dpt 35 cup dan sy timbang setiap satu cup berat nye 35 ke 37 gram sebelum bakar. hihi..dh bakar lupe plak nk timbang. cume sy kecewa sket la
    kak..kek tu tak naik membulat mcm akak punyer.. lg satu satu sy tak pakai buttermilk yg ready made tu.. sy guna susu segar campur cuke.. mgkn ke sukatan cuke tu tak ngam dgn
    susu kot.. sbb 1 1/4 cawan susu sy tambah cuke 1sdb + 1/4sdt. sebab tu ke kak? time kasih kak. maaf la klu soalan nyer pnjg sgt.

    ReplyDelete
  17. assalam kak.. ahad lepas sy dh buat cup cake ni.. rase nye mmg sedap..time dia nk masak tu wangi sgt.. sy guna cup 2.5oz mmg ngam2 dpt 35 cup dan sy timbang setiap satu cup berat nye 35 ke 37 gram sebelum bakar. hihi..dh bakar lupe plak nk timbang. cume sy kecewa sket la
    kak..kek tu tak naik membulat mcm akak punyer.. lg satu satu sy tak pakai buttermilk yg ready made tu.. sy guna susu segar campur cuke.. mgkn ke sukatan cuke tu tak ngam dgn
    susu kot.. sbb 1 1/4 cawan susu sy tambah cuke 1sdb + 1/4sdt. sebab tu ke kak? time kasih kak. maaf la klu soalan nyer pnjg sgt.

    ReplyDelete
  18. assalam kak.. pjng lebar sy taip td bole plak tak masuk ape crite td pun lupe dh. sy ringkas kn je la.. sy dh buat mmg sedap rase nye.. cume sy punyer tak jadi membulat mcm pic akak tu la.. dia naik sket je.. tp dia punyer bau...mmg wangi. sy letak 1 sdb + 1/4sdt cuke dlm 1 1/4 cawan susu tu.. mgkn sbb tak balance ke cuke tu atau mgkn adunan tak cukup kembang.. time kasih kak..

    ReplyDelete
  19. Na Tanya , huruf2 tu ad jual kat kedai brg2 bakery ek?

    ReplyDelete
  20. thanks resepi bagus akak ni tak kedekut ilmu.... nmpak sedap nk tray la kalo isi filing kat tgah tu ggu tak proses naek dye

    ReplyDelete
  21. Kak.. 1/2 cawan +2sb vegetable oil
    1/2cawan ape ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1/2 cawan vege oil dan 2 sudu besar vege oil

      Delete
  22. kak.. 1/2 cawan vege oil lps tu tmbh lgi 2 sudu besar vege oil ker kak?
    telur 2 biji gred A lps tu kene tmh sebiji lgi telur kuning gredA lg ke kak? ke amik yg dari 2 biji tu?

    ReplyDelete
  23. fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini hehehe. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum kak azie..sy nak tnye..yg tok icing cream tu kalo xda krimwell bole gantikan dgn ape2 x?..shortening bole ke?..ingt ptg ni blik dr kerja nak buat icing atas kek tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna jer resepi icing lain yg ada cukup bahan. Boleh search atau google resepi yg bersesuaian dg bahan yg tersedia.

      Delete
  25. Assalamualaikum, morning kak azie. Batter cupcake ni boleh tak d simpan kalau ada lebih...jika boleh simpan, mcm mana dan brapa lama tahan?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum k.azie nk ty kalo sy gantikan vege oil ngan butter bole x???

    ReplyDelete
  27. Sugar bila nak add? Not in the method..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum k.azie, tq atas resepi yg superb senang dan sedap ni. Hihihi nk tnye, nk buat huruf2 tu mcm mne ye?

    ReplyDelete
  29. Salam Kak Azie .makasih atas perkongsian nya..tp nk tanya,cup yg kak azie gunakan tu mmg standard measurement cup ke? or blh tak kaka azie serta kan kiraan bahan2 dlm gram? thank in advance kak

    ReplyDelete
  30. Maaf nk tnya 1/2 cwn + 2 sdb vegetble oil mksd dia apa yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya jumlah yang digunakan adalah setengah cawan. Kemudian tambah lagi 2 sudu besar minyak.

      Delete
  31. Dah try Dan very nice. Thank you

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.